hmm.. sejak biler kita akan kenal erti cemburu?
setahu aku.. aktiviti cemburu dan dicemburui ni dah berlaku masa umur aku 2 tahun lagi..
eh.. setahun setengah.. eh.. ntahla.. agak2 sejak aku mula pndai bercakap rasanya!
bla difikirkan balik.. rasa lawak dengan diri sendiri pon ada... (apakah maksud "lawak dengan diri sendiri"? abaikan..)
seingat aku, kes cemburu paling dasyat yang pernah aku tonjolkan, bila mana opahku sendiri terlalu meminati jamal abdillah. ya.. penyanyi terkenal 80 an yang masih evergreen sampai sekarang tu.. alah.. yang terkenal dgn lagu penghujung rindu.. kekasih awal akhir.. yang belakon ngn ogy dalam citer azura tu... (tak kenal lagi?) taip jamal abdillah then google.. snng citer!
ha.. berbalik pada citer aku..masa tu, umur aku kira-kira 5 tahun.
opahku (yang aku panggil "Tah") terlalu obses dengan jamal abdillah.. bgn pagi pasang kaset jamal (waktu itu kaset adalah teknologi yang tidak asing lagi.. sape2 tak tahu makna kaset, sila google sekali lagi)
time masak dgr lagu jamal, nak jalan2 dlm keta, dok usung kaset jamal... damnnn!! mmg Tah aku peminat no 1 jamal! (baru tersedar sekarang) heh..
kadang-kadang aku pelik dgn sikap tok aku yang terlalu "cool" dgn situasi bininya yang terlalu memuja lelaki lain.. tidak cemburukah dia?
entah-entah Tah aku ada skandal dengan jamal abdillah????.............
ya.. inilah buah fikiran budak berumur 5 tahun yang membayangkan seorang penyanyi terkenal yang muda, kacak, digilai perempuan, sedang mempunyai hubungan sulit dengan wanita separuh abad yang sudah 80% wajahnya telah disaluti kedutan..... dan mereka sangat mencintai antara satu sama lain.. dan hubungan yang terlarang ini perlu disorok kerana takot terkantoi dengan tok aku sendiri!!!..... (agaknya aku kurang dapat bermain permainan lego masa kecik2 dulu)
kemuncak kepada kecemburuan aku akhirnya berlaku pada satu pagi apabila aku, telah bersungguh sungguh menggeledah almari bju, laci, kabinet dapur, bawah katil, dalam tempayan blakang rumah, dan segala pelosok isi rumah dengan satu perkara dalam kepale otak aku..
"MANA LA TAH SOROK JAMAL ABDILLAH??? AKU NAK KANTOIKAN SEKARANG JUGAK!!!!"
............... akhirnya aku dimarahi sebab memunggah barang2 yang tidak sepatutnya dan mendapat set "Playdoh" edisi terbaru kerana opahku telah membuang set yang lama......
(mungkin pada fikiran mereka, itu yang aku cari............... T_T )
sekian. tggu next entry mengenai cemburu di alam dewasa.. huhu