Thursday, August 27, 2009

ape itu................

masa itu aku berumur 4 tahun.

bagun pagi, habis mandi, terus menghadap kartun ninja turtle sambil makan roti yang diletakkan di atas pinggan ninja turtule edisi terhad. YA.. aku fanatik kartun tu masa kecik2 dlu. sehingga aku boleh tidak mahu makan sekiranya bukan pinggan itu yg digunakan.
sehingga aku pernah dihukum rotan kerana telah membaling pinggan nasi yang dihidangkan kepadaku hanya kerana pinggan itu bukan pinggan ninja turtle..
ok.. berbalik pada cerita hari tu..

sedang aku melompat hebat bersama watak2 ninja turtle dalam tv yg aku anggap memerlukan semangat dan kekuatan aku untuk menewaskan musuh, aku terdengar perbualan 2 orang dewasa di ruang tamu...dan sambil memerhati dari ruang tv...

orang dewasa 1 : You nak pesan apa2 lagi? I pegi naik basikal je ni...

orang dewasa 2 : Haa.. You tlg belikan I Sanita lah.. dah habis..

orang dewasa 1 : Ok... (sambil memakai baju kemeja legan pendek)

apa yang aku paham, sekiranya dia memakai baju, pasti hendak keluar rumah!!
terus aku meluru kearah mereka.....

aku : tokkk.. nak pegi mane? nak ikott!!

orang dewasa 1: kedai ah soon.. nak ikot? jom!

maka bertolak lah dua beranak ini ke kedai Ah soon yang jaraknya lebih kurang 200 meter dari rumah.. sambil memeluk erat pinggang org yg sedang mengayuh basikal itu, aku bertanya...

aku : Tok, Sanita tu aper?

krekk.. krekkk.. krekkk.. hanya kedengaran bunyi basikal dikayuh.. tiada sebarang respon kepada soalan aku...

aku mencuba sekali lagi dengan nada suara yang lebih kuat..

aku : Tokkkk.. Sanitaaa tuuuu aperrrrr?? (terjerit2 suaraku menongkah angin)

krek.. krek...krekk... masih tiada respon! aku semakin pelik mengapa dia tidak mahu menjawab pertanyaan aku yang aku fikirkan telah dilaungkan sekuat yang mungkin!

apakah orang dewasa 1 sudah menjadi pekak dan bisu??

setibanya di kedai Ah Soon.. aku dpt dengar dia bersuara,

"ah soon.. sebuk kari 2 paket, gula dua kilo, tepung sekilo. Aaa.. Sanita satu kotak"

huh?? knapa tadi senyap?? dan sekali lagi budak ini bertindak..

"tokkk.. tokkk.. sanita tu aper tokkk" kata ku secomel mungkin sambil mendongak ke ats untuk melihat mukanya sambil menjijit2 baju kemejanya..
apek Cina di depan aku tersenyum sambil berkata "cucu lu aa? manyak cute oo"..

"a'a.. cucu wa.. bela dari kecik" jawab orang dewasa 1 tanpa mempedulikan pertanyaan aku langsung..

rasa nak nanges.. rasa tak diendahkan.. rasa terbuang.. (over tak...) rasa nak merajukk tersangat2..

tiba-tiba sebungkus aiskrem paddle pop dihulurkan..
semua perasaan (ingin tahu, nak menangis etc etc..) hilang serta merta bila mulut mula menikmati pemberian orang dewasa 1.. ahhh.. budak2.. mmg senang disogokk!!

hari itu terus berlalu sebegitu tanpa aku mengetahui.. ape itu Sanita..huhu

korang agak2 paham tak kenapa orang dewasa 1 tak mahu menjawab persoalan aku?
atau mungkin antara korang juga akan berkata,

"Sanita tu ape??".....

2 comments: